Friday, 3 March 2017

Kek Lumut by acik.yana

Kek ini memang tidak asing bagi penggemar kek lapis sarawak. Kek yang berasal dari bumi kenyalang ini memang sangat enak rasanya. Kek Lumut mempunyai tekstur yang lembap dan padat tetapi sangat lembut. Kek ini diadun menggunakan mentega asli dan juga sedikit perasa pandan menjadikan rasa dan aromanya begitu menarik.

Kek ini bukan sahaja sesuai dihidang semasa musim perayaan, tetapi juga amat sesuai dihidang semasa menerima kunjungan tetamu, jamuan pejabat, mahupun ketika minum petang. Kek premium ini juga boleh dijadikan buah tangan ketika balik ke kampung atau dibawa semasa menziarahi sanak-saudara/rakan-rakan.

Kek Lumut

acik.yana tidak menyimpan sebarang ready stock. Sebarang tempahan sebelum pukul 12 tengah hari akan disiapkan pada sebelah petang/malam dan hanya akan ready untuk diserahkan/dipos pada keesokan harinya. Pada yang berminat, boleh tempah kek ini dari acik.yana 019-761 6207 (WhatsApp preferred)

Berat minimum 1.2kg, anggaran saiz 8" × 8": RM75 (+RM12 postage)
Berat minimum 800g, anggaran saiz 8" × 5": RM50 (+RM10 postage)
Berat minimum 400g, anggaran saiz 8" × 2.5": RM27 (+RM7 postage)
*Pengeposan (PosLaju) hanya pada setiap hari Isnin dan Selasa sahaja
*Free Delivery setiap hari Jumaat untuk kawasan Putrajaya dan Cyberjaya sahaja (hari lain dengan caj RM2 untuk setiap kek)
*Atau anda bole self-collect di Mc.Donald Taman Equine.

Harga terkini sila rujuk >>di sini<<

Anggaran saiz 8" × 2.5". Berat minimum 400g.
Anggaran saiz 8" x 8". Berat minimum 1.2kg

Pada yang masih ragu-ragu dengan keenakan kek ini, boleh dapatkan dahulu kek bersaiz mini pada harga RM18 (termasuk postage). Kek mini ini mempunyai berat minimum 200g dengan anggaran saiz 4" × 2.5". Kek Lumut Mini hanya dijual/pos pada setiap hari Isnin sahaja.


2 comments:

  1. salam ziarah.. sedap kek ni...lama x buat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm. Yang pernah rasa kek ni saja yang tahu hehehe. Tq singgah sini.

      Delete